Pelajar maut, motosikal dibonceng bersama rakan langgar kereta

Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal dibonceng bersama rakannya melanggar sebuah kereta di Jalan Persiaran Pekeliling Bangi pada Selasa.
Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal dibonceng bersama rakannya melanggar sebuah kereta di Jalan Persiaran Pekeliling Bangi pada Selasa.
A
A
A

KAJANG - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal dibonceng bersama rakannya melanggar sebuah kereta di Jalan Persiaran Pekeliling Bangi di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.59 petang.

"Siasatan mendapati ketika kejadian, kereta dipandu wanita berumur 64 tahun dalam perjalanan menghala ke Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

"Kereta dipandu wanita itu melalui Jalan Persiaran Pekeliling sebelum motosikal dinaiki mangsa dan rakannya melanggar kereta terbabit," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, kejadian mengakibatkan motosikal dinaiki kedua-dua pelajar itu terbabas.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya mengalami kecederaan di bahagian kaki.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis yang berdekatan.

"Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Ahmad Zahrein Muhd Suod di talian 017-3818422," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!