Larangan menutup wajah di khalayak ramai berkuat kuasa di Switzerland

Larangan menutup wajah di tempat awam yang diluluskan pada 2021 kini berkuat kuasa di Switzerland
Larangan menutup wajah di tempat awam yang diluluskan pada 2021 kini berkuat kuasa di Switzerland
A
A
A

LARANGAN menutup wajah di tempat awam yang diluluskan pada 2021 kini berkuat kuasa di Switzerland bermula Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Mereka yang melanggar larangan ini boleh dikenakan denda sebanyak 1,000 franc Switzerland (AS$1,100).

Pada 6 November, Kerajaan Switzerland menetapkan tarikh pelaksanaan undang-undang itu pada 1 Januari 2025. Keputusan ini diambil selepas satu referendum yang dimulakan oleh rakyat Switzerland pada 7 Mac 2021.

Larangan ini tidak terpakai di dalam pesawat, premis diplomatik atau konsul, tempat keagamaan, atau dalam situasi di mana tidak menutup wajah boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan atau keselamatan, atau mengganggu adat tempatan.

Pesalah boleh didenda 100 franc jika membayar segera atau 1,000 franc jika enggan membayar di tempat kejadian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!