Harga runcit RON97, diesel naik 3 sen

Harga runcit RON97 dan diesel naik lagi 3 sen bagi tempoh 2 hingga 8 Januari ini.
Harga runcit RON97 dan diesel naik lagi 3 sen bagi tempoh 2 hingga 8 Januari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung meningkat sebanyak 3 sen iaitu masing-masing RM3.28 serta RM2.98 seliter manakala RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 Januari ini.

Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, harga runcit diesel di Semenanjung masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun lalu iaitu RM3.35 seliter.

Bagaimanapun, menurut kementerian itu, kerajaan akan terus memantau perkembangan dan menyelaras kenaikan tersebut dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak.

“Ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula 'Automatic Pricing Mechanism' (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,“ katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan harga runcit RON97 meningkat 3 sen daripada RM3.22 kepada RM3.25 seliter, manakala RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter bagi tempoh 26 Disember hingga 1 Januari 2025.

Harga runcit diesel di Semenanjung pula masih sama iaitu RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal RM2.15 seliter.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!