Operasi Ambang Tahun Baharu: Sembilan pemandu mabuk ditahan di Johor

Seramai sembilan orang ditahan dalam Operasi Bersepadu Ambang Tahun Baharu 2025 Kontinjen Johor kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. Foto IPK Johor
Seramai sembilan orang ditahan dalam Operasi Bersepadu Ambang Tahun Baharu 2025 Kontinjen Johor kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. Foto IPK Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan sembilan lelaki yang memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dalam Operasi Bersepadu Ambang Tahun Baharu 2025 Kontinjen Johor di beberapa lokasi tumpuan di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, operasi khas oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) itu bermula pada jam 11 malam Selasa dan berakhir pada jam 5 pagi Rabu.

Operasi khas oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) itu bermula pada jam 11 malam Selasa dan berakhir pada jam 5 pagi Rabu. Foto IPK Johor
Operasi khas oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) itu bermula pada jam 11 malam Selasa dan berakhir pada jam 5 pagi Rabu. Foto IPK Johor

"Seramai 21 individu lelaki warga tempatan berumur antara 18 hingga 53 tahun ditahan dalam operasi khas tersebut.

"Sembilan tangkapan bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Manakala 11 lagi atas kesalahan samseng jalanan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan seorang berkaitan dadah dengan waran tangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Operasi Bersepadu Ambang Tahun Baharu 2025 Kontinjen Johor di beberapa lokasi tumpuan di Johor. Foto IPK Johor
Operasi Bersepadu Ambang Tahun Baharu 2025 Kontinjen Johor di beberapa lokasi tumpuan di Johor. Foto IPK Johor

Menurut Kumar, sebanyak 72 kenderaan telah disita dan 451 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Artikel Berkaitan:

"Operasi ini menunjukkan komitmen JSPT Johor dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan risiko kejadian tidak diingini pada musim perayaan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!