Rapid KL rekod jumlah penumpang tertinggi iaitu hampir 1.5 juta sehari

Jenama perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Rapid KL merekodkan jumlah penumpang paling tinggi pada 31 Disember 2024 iaitu hampir 1.5 juta orang.
Jenama perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Rapid KL merekodkan jumlah penumpang paling tinggi pada 31 Disember 2024 iaitu hampir 1.5 juta orang.
A
A
A

SHAH ALAM - Jenama perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Rapid KL merekodkan jumlah penumpang paling tinggi pada 31 Disember 2024 iaitu hampir 1.5 juta orang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, ia berikutan disebabkan kehadiran pengunjung bagi menyambut ambang tahun baharu yang berlangsung di sekitar pusat bandar seperti KLCC, TRX, Lalaport, Bukit Bintang, Pasar Seni dan Sunway.

Menurutnya, seramai 1.27 juta orang telah menggunakan lima rangkaian rel, manakala 207,266 menggunakan perkhidmatan bas dan ‘Demand Responsive-Transit’ (DRT).

“Ini merupakan jumlah penumpang paling tinggi dalam sejarah penubuhannya dengan peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding purata harian 2024.

“Rapid KL berasa amat bangga kerana dapat memenuhi keperluan pengguna pada malam tersebut sekali gus meningkatkan keyakinan warga kota untuk memilih mod pengangkutan awam sebagai azam 2025,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu.

Sebagai rekod, laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya menyaksikan jumlah penumpan tertinggi dengan 345,791 dan diikuti Transit Aliran Massa (MRT) Kajang (368,018); LRT Ampang-Sri Petaling (244,878) dan MRT Putrajaya (221,252).

Mengulas lanjut, tambah Mohd Azharuddin, kelancaran operasi tersebut ditunjangi hampir 3,000 kakitangan barisan hadapan Rapid KL yang berdedikasi tinggi menjalankan tugasan sehingga tamat waktu operasi pada 3 pagi, 1 Januari.

“Kejayaan mengendalikan operasi berskala besar ini membuktikan bahawa kakitangan Rapid KL memiliki kemahiran dan kecekapan tinggi serta pengalaman luas dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!