Polis siasat kematian 4 individu selepas hadiri konsert tahun baharu

Hussein
Hussein
A
A
A

SUBANG - Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung empat individu didakwa meninggal dunia selepas menghadiri konsert sempena tahun baharu di Bandar Sunway pada Selasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan berkaitan kematian mangsa yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita itu diterima daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Siasatan awal dijalankan mendapati empat individu itu menghadiri konsert berkenaan.

"Polis masih menunggu siasatan makmal bagi mengenal pasti punca kematian, bedah siasat ke atas empat individu terbabit telah selesai dijalankan," katanya pada Rabu.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Tiada sebarang kecederaan luaran ditemukan berdasarkan pemeriksaan dijalankan.

"Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau keracunan," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Ridzal Puat di talian 03-56382122 atau mana-mana balai berdekatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!