Jurulatih, guru dera pelajar tanpa sebab

Ibu kepada bekas pelajar dakwa jurulatih dan guru mendera pelajar sesuka hati tanpa perlu sebab kukuh. Foto hiasan
Ibu kepada bekas pelajar dakwa jurulatih dan guru mendera pelajar sesuka hati tanpa perlu sebab kukuh. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ibu kepada bekas pelajar mendakwa jurulatih dan guru mendera pelajar sesuka hati tanpa perlu sebab kukuh dan perkara itu berlaku sejak anaknya bersekolah di situ lagi iaitu sekitar 2014 dan berterus hingga ke hari ini.

Mariani berkata, dia yang sudah masak dengan pengurusan sekolah tersebut menganggap kesemua pelajar ibarat punching bag orang atasan bagi tujuan melampiaskan amarah dan bukan niat mendisiplinkan pelajar.

Menurutnya, jurulatih juga tahu segala kegiatan yang berlaku, namun memilih berdiam diri dan memaklumkan kepada orang ramai kononnya pengurusannya baik-baik sahaja.

“Budaya ragging waktu malam memang biasa, mereka paksa pelajar bangun tengah malam dan denda sehingga 5 pagi, kemudian pelajar terus mandi, solat Subuh dan bergegas ke kelas. Tak sempat rehat atau tidur semula.

“Di dalam kelas pula kena rotan atau tumbuk perut kerana mengantuk sebab tak cukup rehat. Rotan bukan sikit-sikit, ada yang sampai tahap baju koyak.

“Daripada jurulatih, guru biasa sehingga ustaz, sama sahaja,” katanya.

Mariani mendakwa, anaknya yang muak dengan budaya tersebut pernah berdepan pengalaman tidak dibenarkan menarik diri daripada sekolah tersebut.

“Kejadian yang berlaku pada anak saya, dia melawan kerana tak tahan lalu bertumbuk dengan senior. Anak saya juga diliwat, saya lapor kepada ‘pengetua’ dan senior terbabit digantung sekolah selepas keputusan mahkamah keluar.

Artikel Berkaitan:

“Kemudian, anak saya jadi sasaran dan disuruh lapor diri selama 60 hari kepada senior dari bilik ke bilik sambil hadap pukulan mereka.

“Lebih teruk lagi, denda dikenakan tak masuk akal antaranya mop lantai guna lidah sendiri! Dia tak boleh tinggalkan sekolah kerana ada kontrak,” ujarnya.

Mariani menambah, sudah menjadi rutin dia melawat anak setiap minggu sambil membawa makanan dan barangan keperluan.

“Saya selalu lawat anak dan kawan-kawannya tiap minggu. Memang setiap kali bertemu, saya akan bawa makanan, tanya keadaan mereka dan periksa kalau ada kesan pukul. Iyalah, anak-anak lain ibu bapa mereka tinggal jauh, ada juga kurang berkemampuan.

“Tetapi, sekolah ini bijak. Jika ada kejadian pukul, minggu itu pelajar tak dibenarkan jumpa keluarga atau outing. Perlu tunggu luka lebam hilang dulu mungkin nak hilangkan bukti,” katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!