Arsenal mulakan 2025 dengan menang di Brentford

Jesus
Jesus
A
A
A

ARSENAL menampilkan keyakinan tinggi apabila bangkit ketinggalan satu gol untuk menewaskan Brentford, 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Komuniti Gtech.

The Bees bimbingan Thomas Frank, 51, terlebih dulu di depan apabila Bryan Mbeumo, 25, menghadirkan tuan rumah pendahuluan fantastik selepas memanfaatkan sentuhan Mikkel Damsgaard, 24, minit ke-13.

Namun Arsenal pimpinan Mikel Arteta, 42, tidak panik sebaliknya tenang kemudian menyamakan kedudukan menerusi sentuhan Gabriel Jesus, 27, untuk kedudukan 1-1.

Separuh masa kedua, sentuhan Gabriel Martinelli, 23, dan Mikel Merino, 28, masing-masing menambah jaringan buat kelab London itu dengan gol minit ke-50 serta m-53 untuk mata ke-39 liga hasil kemenangan ke-11.

Tiga mata itu melonjakkan Arsenal mengatasi Chelsea dan Nottingham Forest dengan 39 mata daripada 19 perlawanan mengekori pendahulu Liverpool dengan 45 daripada 18 perlawanan.

Kemenangan Arsenal di bumi Brentford juga tanpa kelibat penyerang Bukayo Saka,

pemain paling berpengaruh di Emirates musim ini, diketepikan sekurang-kurangnya dua bulan selepas pembedahan hamstring.

"Untuk datang ke sini dan bermain dengan cara kami bermain adalah menakjubkan. Sudah tentu, perkara paling penting ialah tiga mata dan kami berjaya melakukannya.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi perkara yang paling penting ialah bagaimana kami bertindak balas dan kami berjaya melakukannya dengan baik di Brentford," ujar Jesus.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!