25 warga asing ditahan malam tahun baharu di Terengganu

JIM Terengganu menahan 25 warga asing dalam Ops Sapu di kawasan tapak pembinaan. Foto JIM Terengganu
JIM Terengganu menahan 25 warga asing dalam Ops Sapu di kawasan tapak pembinaan. Foto JIM Terengganu
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 25 warga asing dalam Ops Sapu di kawasan tapak pembinaan di Masai di sini Kampung Gong Penaga, Bukit Puteri, Jertih, Besut, pada Rabu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri, Mohd Yusri Mohd Nor berkata, operasi ambang tahun baharu tersebut dilakukan di penempatan pekerja yang bermula pada jam 9 malam sehingga 5 pagi Rabu.

"Operasi itu dilakukan selepas menerima maklumat daripada orang awam.

"Seramai 127 individu diperiksa dalam serbuan tersebut. Ketika serbuan, kebanyakan mereka sedang nyenyak tidur dipercayai keletihan selepas menyambut malam tahun baharu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata, daripada jumlah itu, seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang wanita diberkas atas kesalahan berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan sah serta tinggal melebihi masa ditetapkan.

Operasi ini dilakukan selepas menerima maklumat daripada orang awam. Foto: JIM Terengganu
Operasi ini dilakukan selepas menerima maklumat daripada orang awam. Foto: JIM Terengganu

Menurutnya, kesemua yang ditahan itu terdiri daripada 12 lelaki iaitu lima lelaki warga Bangladesh, dua lelaki warga Myanmar, empat warga Pakistan dan seorang lelaki warga India serta seorang wanita warga Indonesia.

Mohd Yusri berkata, kesemua ditahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan:

"Mereka dihantar ke depot tahanan Ajil, Kuala Berang untuk siasatan lanjut.

"Operasi yang diadakan itu antara tindakan tegas penguatkuasaan kepada PATI yang masih berada di negara ini susulan berakhirnya Program Repatriasi Migran (PRM) semalam (Rabu)," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!