Isu sempadan: Kehadiran pelajar sekolah dari Golok, Thailand positif

Pintu masuk sempadan negara ICQS di Rantau Panjang. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.
Pintu masuk sempadan negara ICQS di Rantau Panjang. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Prestasi kehadiran pelajar dari sempadan Sungai Golok, Thailand yang bersekolah di daerah ini tetap positif walaupun penguatkuasaan penutupan pangkalan haram dilaksanakan bermula 1 Disember lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz, berkata, pelajar-pelajar berkenaan kini menggunakan pintu masuk utama Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dengan dokumen yang lengkap.

“JPN sudah berbincang dengan agensi yang terlibat untuk melancarkan perjalanan pelajar-pelajar berulang-alik melalui ICQS bersama dokumen lengkap.

“Setakat ini, tidak ada masalah dari segi kehadiran mereka ke sekolah sebagaimana biasa kecuali mangsa banjir baru-baru ini,” katanya selepas Program Ramah Mesra bersama calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolab Menengah Kebangsaan Rantau Panjang di sini pada Khamis.

Sebelum ini pelajar dari Thailand dilapor menyeberangi Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini.
Sebelum ini pelajar dari Thailand dilapor menyeberangi Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini.

Beliau mengulas, pelajar-pelajar terbabit juga perlu tiba di sekolah pada waktu sesi persekolahan biasa bermula sama seperti dengan pelajar lain.

Dalam perkembangan sama, Mohd Zamri memberitahu, pelajar negara itu yang terlibat dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga tidak berdepan masalah kerana sudah ditempatkan di asrama di sekolah-sekolah terlibat.

“Kesemua mereka sudah berada di asrama dan mula menduduki peperiksaan bertulis SPM pada jam 8 pagi ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Disember lalu terpakai untuk semua termasuk pelajar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!