Warga emas maut basikal ditunggang lawan arus

Seorang wanita warga emas maut selepas basikal ditunggangnya dipercayai bergesel dengan sebuah kereta di Kilometer 9.3 Lebuhraya Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), pada Rabu.
Seorang wanita warga emas maut selepas basikal ditunggangnya dipercayai bergesel dengan sebuah kereta di Kilometer 9.3 Lebuhraya Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), pada Rabu.
A
A
A

TANGKAK – Seorang wanita warga emas maut selepas basikal ditunggangnya dipercayai bergesel dengan sebuah kereta di Kilometer 9.3 Lebuhraya Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ) di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, nahas pada jam 9.30 pagi itu membabitkan basikal dan kereta jenis Kia Optima.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta dari arah Tanjung Gading menghala ke Melaka bergesel dengan penunggang basikal yang melawan arus di bahagian tepi jalan.

"Akibat kemalangan tersebut, penunggang basikal yang merupakan wanita berusia 71 tahun cedera dan dikejarkan ke Hospital Tangkak untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, warga emas berkenaan meninggal dunia di hospital berkenaan ketika mendapat rawatan.

Menurut beliau, kemalangan disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

"Sebarang maklumat bagi membantu pihak polis boleh dibuat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurhisyam Syafiq Mat Lopa ditalian 013-9825324," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!