'Layanan polis sangat profesional' - Fahmi Reza
PENAMPANG - "Layanan polis sangat profesional dan murah dengan senyuman, saya telah dihantar ke lapangan terbang oleh Jabatan Imigresen Malaysia."
Demikian ulas aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza yang ditahan polis berkaitan poster karikatur berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Fahmi atau nama penuhnya Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada hari sama, sebelum tempoh remannya tamat.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Fahmi telah dihantar pulang ke Kuala Lumpur melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 9.30 malam hari sama.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun sebelum ini memaklumkan, pihaknya telah menerima lebih 30 laporan polis berkaitan dengan aktivis berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!