Anggota polis wanita ditahan di pusat hiburan positif 4 jenis dadah

Seorang anggota polis wanita ditahan setelah didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak, di sini, pada Rabu. Gambar hiasan
Seorang anggota polis wanita ditahan setelah didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak, di sini, pada Rabu. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis wanita ditahan setelah didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya telah melaksanakan Ops Hiburan sempena ambang sambutan tahun baharu 2025 pada jam 2 pagi.

"Kita telah menahan seorang wanita berusia 26 tahun yang juga seorang pegawai rendah polis," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Lazim berkata, wanita itu sedang bercuti sebelum melaporkan diri di Kontinjen Johor.

"Wanita itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk tindakan lanjut. Ujian saringan awal ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin dan benzo," ujarnya.

Beliau berkata, suspek telah ditahan reman selama dua hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan

"Kes disiasat bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.


Lelaki didakwa terlibat aktiviti menyeludup migran

Artikel Berkaitan:

BUTTERWORTH - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth, di sini atas pertuduhan terlibat dengan aktiviti menyeludup migran pada 20 Disember lalu.

Tertuduh, Jailanie Jusoh @ Yusof, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dihadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan yang memandu kereta jenis Proton Persona didakwa terlibat dalam mengangkut dua orang migran yang diseludup di hadapan sebuah rumah di tepi jalan Kampung Sungai,Sungai Dua di sini kira-kira jam 3.30 pagi.

Tertuduh (dua dari kanan) dibawa ke Mahkamah Butterworth, pada Khamis selepas didakwa terlibat dengan aktiviti penyeludupan migran.
Tertuduh (dua dari kanan) dibawa ke Mahkamah Butterworth, pada Khamis selepas didakwa terlibat dengan aktiviti penyeludupan migran.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa dibawah Seksyen 26J Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan juga boleh dikenakan denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nurameera tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh berikutan kes terbabit disenarai di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Mahkamah kemudiannya menetapkan 3 Februari depan untuk sebutan semula kes berkenaan dan lantikan peguam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!