SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir
02 Januari 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan sebanyak 133 pusat peperiksaan alternatif untuk untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya berlaku banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor dan Sabah, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, langkah tersebut merupakan antara mekanisme dan pelan integrasi bagi memastikan kesemua calon SPM di negeri berisiko banjir dapat menduduki peperiksaan berkenaan.
#SinarHarian #BeritaSemasa #CalonSPM #KPM #Banjir