Pengebumian pertama mangsa nahas pesawat Jeju Air

Pengebumian pertama bagi mangsa nahas pesawat Jeju Air diadakan pada Khamis, lima hari selepas tragedi di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di barat daya Korea Selatan yang meragut nyawa 179 orang. Foto Agensi
Pengebumian pertama bagi mangsa nahas pesawat Jeju Air diadakan pada Khamis, lima hari selepas tragedi di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di barat daya Korea Selatan yang meragut nyawa 179 orang. Foto Agensi
A
A
A

GWANGJU (Korea Selatan) - [DIKEMAS KINI] Pengebumian pertama bagi mangsa nahas pesawat Jeju Air diadakan pada Khamis, lima hari selepas tragedi di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di barat daya Korea Selatan yang meragut nyawa 179 orang, lapor Agensi Berita Yonhap.

Mangsa pertama yang dikebumikan yang identitinya dirahsiakan, berlangsung di sebuah rumah mayat di Gwangju, kira-kira 270 kilometer ke selatan Seoul, pada pagi Khamis selepas mayatnya yang ditemukan dalam keadaan baik diserahkan kepada keluarga pada Isnin.

Pada petang Khamis, upacara pengebumian seorang mangsa warga Thailand berusia 45 tahun yang menaiki pesawat malang itu selepas melawat kampung halaman, juga akan diadakan.

Setakat ini, mayat 21 mangsa termasuk dua yang disebutkan, telah diserahkan kepada keluarga mereka dan urusan pengebumian sedang dijalankan untuk sembilan daripadanya.

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap langkah-langkah pemulihan bencana berkata pada Rabu bahawa identiti semua mangsa yang terkorban telah disahkan. - Bernama-Yonhap

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!