Warga Pakistan dalang sindiket dokumen, cap imigresen tumpas

Wan Mohammed Saupee (dua dari kiri) melihat antara rampasan barang kes susulan tumpasnya sindiket pemalsuan dokumen di ibu negara.
Wan Mohammed Saupee (dua dari kiri) melihat antara rampasan barang kes susulan tumpasnya sindiket pemalsuan dokumen di ibu negara.
A
A
A

KUALA KUMPUR - Sindiket yang didalangi warga Pakistan bagi mendapatkan dokumen dan cap palsu imigresen berjaya dilumpuhkan menerusi serbuan di ibu negara, Isnin lalu.

Serbuan yang dijalankan sepasukan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur itu dilakukan hasil risikan selama tiga minggu sebelum berjaya memberkas tiga warga Pakistan termasuk dalang.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, dalang iaitu lelaki yang ditahan berusia 36 tahun manakala dua wanita masing-masing berumur 27 dan 16 tahun di mana salah seorang dipercayai merupakan teman wanitanya.

Katanya, serbuan bertindak merampas pelbagai dokumen palsu seperti pas lawatan kerja sementara (PLKS), cap keselamatan palsu iaitu cap keluar masuk Malaysia selain cap dari negara lain seperti Pakistan, Bangladesh, India serta Filipina.

"Turut dirampas tiket penerbangan palsu. Siasatan mendapati suspek utama menggunakan khidmat orang tengah atau ejen bagi mencari pelanggan di kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) seperti yang memerlukan dokumen untuk memohon visa masuk ke Malaysia, pas khas serta memperbaharui pas lawatan kerja," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JIM Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Beliau berkata, sindiket mengenakan caj bayaran serendah RM350 bergantung jenis tawaran yang diberikan.

Tambahnya, dalang ini akan memberikan komisen sekitar RM150 apabila berjaya membuat transaksi bagi setiap tawaran haram itu.

"Siasatan masih dijalankan bagi menjejak rangkaian sindiket yang telah aktif sejak setahun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga menyiasat ada berapa ramai warga asing yang telah berurusan dengan sindiket terbabit," ujarnya.

Kesemua suspek kini ditahan untuk tindakan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!