Mayat reput sah Yap Xin Yuan

Laporan Sinar Harian pada Selasa (kiri), Yap Xin Yuan
Laporan Sinar Harian pada Selasa (kiri), Yap Xin Yuan
A
A
A

SHAH ALAM - Polis mengesahkan mayat reput yang ditemui dalam sungai di Banting pada 28 Disember lalu ialah remaja perempuan berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan keputusan analisa Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia yang diperoleh pada Khamis.

Hussein Omar Khan
Hussein Omar Khan

"DNA positif. Mayat akan dituntut petang ini di Hospital Banting oleh pihak keluarga," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Terdahulu polis Selangor menahan tiga lelaki termasuk teman lelaki remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada 19 Disember lalu selepas penemuan mayat reput di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting.

Remaja perempuan terbabit dilapor hilang sejak 19 Disember lalu apabila tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dilapor berkata, laporan kehilangan Xin Yuan diterima di Balai Polis Batu 9, Cheras pada jam 2.15 pagi.

Difahamkan, kali terakhir mangsa dilihat di gelanggang bola keranjang di Batu 11, dengan berpakaian baju tarian singa berwarna merah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!