Teknologi 5G dan industri media cetak

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TAHUN 2019 mencatatkan satu sejarah gelap kepada industri media cetak negara apabila beberapa syarikat akhbar di Malaysia ditutup dan ribuan pekerja telah dibuang.

Harian berbahasa Inggeris The Malay Mail tutup pada Disember 2018 setelah wujud selama 122 tahun dan kini beroperasi secara dalam talian.

Akhbar Tamil Nesan tutup pada Februari 2019 selepas mengusahakan percetakan selama 94 tahun.

Akhbar berbahasa Melayu tertua negara, Utusan Malaysia menamatkan operasi selepas 80 tahun dalam bisnes berkenaan malah Kosmo! turut mengalami nasib yang sama.

Kumpulan Media Prima Berhad pula memulakan pelaksanaan pelan rasionalisasi tenaga kerja pada Disember tahun lalu yang menyaksikan ratusan kakitangan kehilangan pekerjaan.

Satu daripada sebab utama industri media cetak mengalami zaman suram adalah berpunca daripada kemunculan dunia digital.

Kini kebimbangan terhadap perkembangan dunia digital menerusi kemunculan teknologi 5G ibarat menambah garam pada luka.

Walaupun semua syarikat media kini memberikan tumpuan terhadap media digital namun hasil daripada pendapatan iklan daripada media digital terlalu kecil berbanding media cetak. Inilah dilema yang terpaksa dihadapi oleh industri pada ketika ini.

Artikel Berkaitan:

Teknologi rangkaian 5G hangat diperkatakan di seluruh dunia sejak awal tahun lalu malah negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea sudah mula melaksanakan teknologi tersebut manakala Malaysia dijangka menggunakan rangkaian 5G sepenuhnya menjelang tahun 2023.

Kerajaan nampaknya begitu bersungguh-sungguh untuk mempercepatkan pelaksanaan teknologi 5G.

Ini kerana teknologi tersebut dijangka dapat mengubah kehidupan rakyat dengan peluang pekerjaan yang lebih banyak dan pendapatan yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, kerajaan tidak seharusnya melupakan tentang nasib yang bakal melanda industri media cetak dalam konteks pelaksanaan 5G kerana masih ada banyak pihak bergantung harap kepada industri itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!