SPRM cari 7 individu untuk bantu siasatan
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat mengesan tujuh individu bagi membantu siasatan kes di bawah kesalahan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, individu yang dikesan oleh Bahagian Siasatan suruhanjaya itu adalah Liang Hwa Keong, 68, beralamat terakhir di Jalan Jambu Gajus 2, Jinjang Selatan, Kuala Lumpur dan Kong Sian Chee, 57, dengan alamat terakhir di Kampung Melayu, 48000 Rawang, Selangor.
Selain itu katanya, individu lain adalah Leong Thien Poh, 63, beralamat terakhir di Jalan Mawar 17, Taman Mestika Cheras, Kuala Lumpur dan Ong Chee Heong, 60, berlamat di Taman Jati, Rawang, Selangor.
"Mereka yang lain ialah Lim Hoon Woon, 48, dengan alamat terakhir di Desa Aman Batu 11, Sungai Buloh, Selangor; Teng Wan Peng, 50, beralamat terakhir di Batu 7 ½, Kampung Suria, Jalan Besar, Kepong, Kuala Lumpur dan Teng Wan Loong, 51, yang beralamat terakhir di Desa Satu Apartment, Jalan Desa Aman Puri, Desa Aman Puri, Kepong, Kuala Lumpur," katanya pada Khamis.
Sehubungan itu, menurutnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai tujuh individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Khairul Ariffin Ghazali di talian 012-3235996 atau email kepada khairulariffin@sprm.gov.my.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!