Kolam takungan pecah: Pemaju sedia bayar pampasan

Pemaju memberi jaminan bersedia membayar ex-gratia atau saguhati kepada kira-kira 200 penduduk Taman Seri Alam Saujana Utama Kuala Selangor yang terjejas insiden kolam takungan pecah pada Ahad.
Pemaju memberi jaminan bersedia membayar ex-gratia atau saguhati kepada kira-kira 200 penduduk Taman Seri Alam Saujana Utama Kuala Selangor yang terjejas insiden kolam takungan pecah pada Ahad.
A
A
A

AMPANG JAYA - Pemaju memberi jaminan bersedia membayar ex-gratia atau saguhati kepada kira-kira 200 penduduk Taman Seri Alam, Saujana Utama, Kuala Selangor yang terjejas insiden kolam takungan pecah pada Ahad.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim berkata, pihaknya sudah mengatur pertemuan antara pemaju dengan wakil penduduk yang diadakan pada Khamis bagi membincangkan perkara itu.

"Untuk pampasan, berdasarkan perbincangan awal, pemaju bersedia untuk memberikan ex-gratia atau saguhati yang kadarnya akan ditentukan dalam mesyuarat hari ini.

"Saya akan teliti (perkara itu) selain Penyelaras DUN (Dewan Undangan Negeri) pun ada di situ untuk menguruskan semua.

"Kita akan bantu malah kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sedang melihat jenis sokongan dan bantuan yang akan diberikan kepada mereka," katanya mengulas isu pampasan dan ganti rugi dituntut penduduk terlibat kepada pemaju.

Beliau ditemui pada pembukaan pasar raya kedua Ehsan Mart di Pandan Utama, Pandan Indah di sini.

Pada Ahad media melaporkan kawasan Taman Seri Alam dilimpahi air selepas kolam takungan bersebelahan kawasan perumahan itu pecah.

Sementara itu, mengulas berkenaan jumlah ganti rugi beliau berkata, kadarnya diterima penduduk tidak sama bergantung kepada jumlah kerugian dialami.

Artikel Berkaitan:

"Anggaran pampasan tak boleh nak cakap sebab jumlahnya tak sama kepada semua penduduk terjejas cuma saya boleh kata jumlahnya agak lumayan.

"Saya dapat komitmen daripada pemaju yang bersedia untuk membayar RM10,000 tetapi perlu tengok kadar kerosakan bergantung bancian yang akan dibuat," katanya.

Ujar beliau, perkara itu akan diperincikan dan diuruskan oleh penyelaras di sana yang akan menyelaras isu tersebut bagi memastikan semua proses dapat berjalan dengan baik dan lancar.

Pada masa Izham berkata, pihaknya memberikan komitmen dan fokus memastikan kerja pengukuhan serta kestabilan kolam takungan dapat dipercepat bagi mengelak insiden sama berulang.

"Kebimbangan saya ialah kalau berlaku hujan lagi akan menyebabkan berlaku runtuhan (tebing) sekali lagi.

"Bagaimanapun kerja pemasangan cerucuk telah selesai dan boleh bertahan sementara disusuli membina tembok penahan.

"Untuk jangka masa panjang pula, kita akan bangunkan secara menyeluruh termasuk sistem saliran lebih baik.

"Sebenarnya kerajaan negeri telah buat kajian cuma kita nak percepatkan untuk selesaikan isu banjir di situ," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!