‘Tahun mencabar buat kami’- Keluarga Fatimah London

Fatimah tabah dalam menghadapi penyakitnya
Fatimah tabah dalam menghadapi penyakitnya
A
A
A

SHAH ALAM - Keluarga ‘Fatimah London’ atau nama sebenarnya, Fatimah Omar Mukhlis, 11, menyifatkan tahun 2024 sebagai tahun yang mencabar buat mereka.

Fatimah yang sebelum ini pernah tular kerana kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan walaupun membesar di United Kingdom, diuji dengan masalah kesihatan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Dalam perkongsian melalui instagram thefamily.uk, keluarganya turut menyatakan ujian kesihatan itu dihadapi dengan tabah bersama-sama.

“Tahun ini telah menguji keluarga kami dengan cara yang tidak akan difahami sepenuhnya oleh sesiapa pun, tetapi setiap cabaran dilalui dengan tabah.

“Dengan rahmat ALLAH SWT, kami kembali setelah menghadapi masa paling sukar bersama-sama, berdoa dan berkasih sayang serta dikurniakan doa semua insan yang dikasihi. Terima kasih diatas segalanya.

“Kami akan melangkah tahun ini bersama-sama. Semoga ALLAH SWT memberikan ketabahan kepada kita dan membuka jalan dalam mengharungi tahun 2025,” katanya.

Sejak berusia tiga tahun, Fatimah mencuri perhatian ramai kerana kefasihan kanak-kanak itu bertutur dalam dialek Kelantan.

Selain Melayu, Fatimah yang dilahirkan di Birmingham, United Kingdom, juga fasih berbahasa Inggeris dan Siam.

Artikel Berkaitan:

Dia sebelum ini menerima rawatan di Hospital Birmingham, United Kingdom pada Mac tahun lalu dan menjalani biopsi bagi mengetahui penyakit sebenar yang dialami.

Bagaimanapun, keluarganya dilaporkan belum bersedia berkongsi dengan umum secara terperinci penyakit yang dihadapi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!