Dah kena cekup

Tangkap layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki meragut seorang wanita dalam kejadian Selasa lalu. Foto kanan: Antara barangan milik suspek yang dirampas dalam dua tangkapan berasingan.
Tangkap layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki meragut seorang wanita dalam kejadian Selasa lalu. Foto kanan: Antara barangan milik suspek yang dirampas dalam dua tangkapan berasingan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua lelaki dicekup polis tidak sampai 24 jam selepas melakukan jenayah samun dalam kejadian berdekatan Gong Kapas di daerah ini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita mendakwa menjadi mangsa ragut pada jam 8.18 pagi hari yang sama.

Beliau berkata, mangsa seorang wanita berusia 21 tahun mendakwa didatangi dua individu tidak dikenali yang menaiki motosikal ketika berjalan kaki menuju ke tempat kerja.

"Mangsa yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan mengalami kecederaan pada lutut kiri selepas ditolak ke bahu jalan oleh suspek yang menaiki motosikal jenis skuter Yamaha NVX bersama seorang lagi rakan.

"Selain itu, beberapa barangan mangsa seperti telefon bimbit, kunci kereta, kad bank dan lesen memandu di dalam beg tangan itu turut dilarikan suspek," katanya kepada pemberita di sini, pada Khamis.

Azli memberitahu, bertindak daripada laporan itu, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 26 tahun di Jalan Panji Alam di sini, jam 4 petang pada Rabu.

Katanya, susulan penahanan lelaki itu, pihak polis berjaya menahan seorang lagi suspek berusia 27 tahun di Kampung Seberang Baroh, di sini.

Jelas beliau, pihak polis turut merampas sebuah motosikal jenis skuter dan beg tangan yang diragut serta barangan peribadi milik mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Hasil ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek negatif dadah dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan," ujarnya.


'Pecut 200 meter nampak imigresen'

SERI KEMBANGAN - Bukan sahaja gagal melarikan diri sejauh kira-kira 200 meter daripada dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), warga asing yang ditahan juga memberi pelbagai alasan bagi menafikan tindakannya itu.

Itu antara yang dikesan JIM Selangor menerusi Op Sapu yang di sebuah pasar raya di sini, pada Rabu.

JIM Selangor menyerbu sebuah pasar raya di Seri Kembangan, pada Rabu dan menahan 80 warga asing.
JIM Selangor menyerbu sebuah pasar raya di Seri Kembangan, pada Rabu dan menahan 80 warga asing.

Tindakan meloloskan diri itu berjaya dipatahkan hasil kecekapan pasukan operasi yang membuat kepungan awal sebelum mengejar pendatang asing tanpa izin (PATI) terbabit.

Semakan ke atas seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan mendapati dokumen pasport miliknya telah tamat tempoh.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, operasi yang diketuai Ketua Bahagian Penguat kuasa JIM Selangor, Johari Supardi bertindak memeriksa seramai 180 orang.

"Operasi bermula jam 6 petang itu menahan 80 warga asing.

"Semakan mendapati mereka yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, Myanmar, Filipina, Thailand, Yaman, India, Indonesia serta Nigeria," katanya pada Khamis.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!