Hobi ternak arnab jadi 'pitis'

Wan Arisi (dua dari kiri) bersama anak dan ayahnya menunjukkan arnab yang dibela.
Wan Arisi (dua dari kiri) bersama anak dan ayahnya menunjukkan arnab yang dibela.
A
A
A

PASIR PUTEH - Bermula dengan menternak lapan ekor arnab sebagai hobi, seorang guru dari Kampung Berangan, Selising di sini berjaya menjana pendapatan berjumlah RM5,000 sebulan.

Wan Airisi Wan Hassan, 44, berkata, dia tidak menyangka hobi menternak arnab yang dilakukannya sejak tahun 2018 mampu menjana pendapatan lumayan.

Dia yang juga guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Pahlawan Kok Lanas, Kota Bharu berkata, pada mulanya menternak arnab itu dijadikan sebagai aktiviti riadah waktu petang dan terapi selepas penat bekerja.

"Sebaik sahaja hobi itu dikongsi bersama rakan-rakan, saya menerima kejutan apabila ramai yang bertanya dan menyatakan minat untuk membela haiwan tersebut. Mereka mahu membeli arnab daripada saya.

"Melihat potensi itu saya mengambil keputusan menjadikan hobi membela arnab sebagai pendapatan sampingan," katanya.

Katanya, dia cukup bertuah apabila hobi tersebut mendapat sokongan penuh dari kedua ibu bapanya.

Wan Arisi kini mempunyai 130 ekor arnab induk yang dijadikan sebagai baka.
Wan Arisi kini mempunyai 130 ekor arnab induk yang dijadikan sebagai baka.

"Setiap pagi ayah dan ibu akan memberikan makan dan membersihkan kawasan sangkar arnab sementara menunggu saya pulang bekerja pada waktu petang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Wan Arisi berkata, sehingga kini dia mempunyai 130 ekor arnab induk yang dijadikan sebagai baka.

Katanya, arnab yang yang dibelanya itu jenis pedaging dari New Zealand White.

Menurutnya, ia dijual dengan harga RM40 hingga RM380 seekor.

"Selain menjual baka, saya turut membekalkan daging arnab untuk dijadikan sebagai sate.

Wan Arisi berjaya menjana pendapatan berjumlah RM5,000 sebulan melalui hobi menternak arnab.
Wan Arisi berjaya menjana pendapatan berjumlah RM5,000 sebulan melalui hobi menternak arnab.

"Bukan itu sahaja, saya turut menjual daging arnab dengan harga RM35 sekilo," katanya.

Wan Arisi berkata, kebanyakan pelanggannya bukan hanya dari Kelantan malah ada dari Pahang, Johor, Pulau Pinang dan banyak lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!