Pas galakkan ahli sertai himpunan solidariti untuk Najib - Takiyuddin

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

KOTA BHARU - Pas menggalakkan ahlinya menyertai himpunan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ di Istana Kehakiman, Putrajaya Isnin depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia bukan sahaja mengenai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malah menjadi isu rakyat seperti yang sudah dibincangkan di Parlimen sebelum ini.

"Kita tak wajibkan tapi menggalakkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu Dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan 2025 pada Khamis.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu memberitahu, sesuai perjuangan Pas, isu Najib juga antara yang perlu disuarakan.

"Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kebetulan pada masa ini yang terlibat ialah Najib dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor)," katanya.

Jelas beliau, tiada mana-mana pihak boleh mempertikaikan perhimpunan itu kerana ia bukan kepentingan kumpulan.

Katanya lagi, tindakan itu juga merupakan kepentingan hak asasi dan dan tiada siapa boleh disekat untuk berhimpun.

Pada 30 Disember lalu, media melaporkan Setiausaha Bersatu Wilayah Persekutuan, Mahathir Mohd Rais rancangan Pas menyertai himpunan berkenaan sebagai mengecewakan dan oportunis politik.

Artikel Berkaitan:

Tindakan berkenaan juga seolah-olah mengubah pendirian parti pembangkang mengorbankan prinsip politik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!