Kematian 4 individu: PinkFish beri kerjasama kepada polis

Penganjur konsert ambang tahun baharu, Pinkfish Countdown 2024 memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian empat individu yang menghadiri konsert berkenaan di Bandar Sunway di sini, Selasa lalu.
Penganjur konsert ambang tahun baharu, Pinkfish Countdown 2024 memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian empat individu yang menghadiri konsert berkenaan di Bandar Sunway di sini, Selasa lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Penganjur konsert ambang tahun baharu, Pinkfish Countdown 2024 memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian empat individu yang menghadiri konsert berkenaan di Bandar Sunway di sini, Selasa lalu.

Pihak pengurusan Pinkfish dalam kenyataan berkata, kejadian itu berlaku di luar premis konsert berlangsung.

Kata kenyataan itu, pihaknya bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan untuk memberikan sokongan diperlukan kepada mereka yang terjejas termasuk keluarga empat individu terbabit.

"Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung, kakitangan serta komuniti sekitar menjadi keutamaan kami.

"Kita sentiasa mengambil pelbagai langkah keselamatan bagi setiap acara dianjurkan termasuk Pinkfish Countdown 2024 dan antara langkah diambil adalah kehadiran lebih 100 anggota polis, Unit Anjing Pengesan (K9) selain menempatkan anggota keselamatan terlatih di pintu masuk.

"Kami amat sedih dengan kejadian yang mengakibatkan empat nyawa terkorban di konsert berkenaan," katanya pada Khamis.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan polis sedang menyiasat punca kematian empat individu tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40-an termasuk dua wanita selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pihaknya menerima empat laporan polis daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkaitan kematian empat individu terbabit.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan ke atas semua individu berkenaan tidak menemui sebarang kecederaan luaran.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!