Janda dituduh jalin hubungan dengan suami orang diserang

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan terima laporan dari seorang wanita yang mendakwa diserang kerana dituduh menjalinkan hubungan dengan suami orang.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan terima laporan dari seorang wanita yang mendakwa diserang kerana dituduh menjalinkan hubungan dengan suami orang.
A
A
A

TAWAU - Seorang wanita mendakwa diserang sehingga cedera oleh lima individu dalam kejadian di hadapan sebuah hotel di daerah ini pada Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa yang berusia 36 tahun turut mendakwa kenderaannya telah dipancitkan sebelum laporan polis dibuat pada Rabu.

Difahamkan, kejadian itu berpunca apabila mangsa yang berstatus janda dituduh sebagai perampas suami orang walaupun dia mendakwa kekasihnya bujang.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan pihaknya ada menerima laporan daripada wanita tersebut pada jam 4.41 petang Rabu.

"Dalam laporan tersebut, wanita itu telah menyatakan bahawa pada 30 Disember lalu di kawasan tempat meletak kenderaan di hadapan sebuah hotel di daerah ini dia telah diserang dan dicederakan lima wanita.

"Tayar kenderaan wanita ini juga telah dikhianat iaitu dipancitkan. Siasatan kemudian dibuat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh dan juga Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Katanya lagi, susulan daripada laporan tersebut pihaknya berjaya mengesan dan menahan lima wanita berusia antara 16 hingga 62 tahun.

"Siasatan lanjut telah dijalankan dan pihak polis telah membuat permohonan reman terhadap kelima-lima tangkapan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut kita akan jalankan untuk mengesan saksi bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan kejadian ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!