Gagal hadir ke mahkamah, Pengerusi PPNP dikenakan waran tangkap

Muhammad Najmi Zaki (kiri) beada di pekarangan Mahkamah Sesyen Kuantan sebelum membuat permohonan waran tangkap terhadap Zuhairi agar hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan.
Muhammad Najmi Zaki (kiri) beada di pekarangan Mahkamah Sesyen Kuantan sebelum membuat permohonan waran tangkap terhadap Zuhairi agar hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan.
A
A
A

KUANTAN - Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap Pengerusi Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP), Datuk Seri Zuhairi Ab Kadir, selepas beliau gagal hadir mewakili organisasi itu untuk menghadapi pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa sah.

Waran tangkap tersebut dikeluarkan oleh Hakim Azman Mustapha setelah membenarkan permohonan yang dikemukakan Pegawai Pendakwa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Muhammad Najmi Zaki Amir Suhaimi.

Mengikut perancangan, Zuhairi sepatutnya hadir di mahkamah bagi merekodkan pengakuan berkaitan Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara (Pindaan 2020) Akta 828.

Terdahulu, Muhammad Najmi Zaki berkata, satu notis untuk hadir ke mahkamah telah diserahkan dan ditandatangani sendiri oleh Zuhairi pada 31 Disember lalu.

Katanya, namun pengerusi PPNP tidak berbuat demikian meskipun telah menunggu sehingga jam 4 petang.

Muhammad Najmi Zaki bersama pemberita di luar kamar Mahkamah Sesyen Kuantan di sini pada Khamis.
Muhammad Najmi Zaki bersama pemberita di luar kamar Mahkamah Sesyen Kuantan di sini pada Khamis.

"Pegawai penyiasat sudah menghubungi Pengerusi pertubuhan itu untuk hadir bagi menjawab pertuduhan, namun begitu pihak pendakwaan percaya bahawa terdapat keengganan dan pengabaian daripadanya.

Artikel Berkaitan:

"Jadi, kita mohon agar mahkamah keluarkan satu waran tangkap terhadap pengerusi PPNP untuk menjawab pertuduhan yang akan dijalankan," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Februari depan bagi pertuduhan kes.

Pada 20 Jun lalu, Zuhairi menyangkal tuduhan yang mengatakan dua ahlinya telah ditahan oleh UPNP atas tuduhan meneroka dan menceroboh tanah kerajaan negeri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!