Lelaki maut tercampak, dua lagi parah kenderaan bertembung

Seorang lelaki maut manakala dua lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan yang bertembung di Jalan Kampung Indai, di sini pada Khamis.
Seorang lelaki maut manakala dua lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan yang bertembung di Jalan Kampung Indai, di sini pada Khamis.
A
A
A

TUARAN - Seorang lelaki maut manakala dua lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan yang bertembung di Jalan Kampung Indai, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi, mangsa berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas tercampak keluar dari kenderaan manakala dua lagi parah dan tiga yang lain cedera ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.39 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 11 kilometer dari BBP Tuaran dan kemalangan didapati melibatkan dua kenderaan jenis Proton Saga dan Perodua Alza.

"Terdapat enam mangsa dilaporkan terlibat iaitu mangsa yang tercampak keluar sejauh 10 meter dari kenderaan Proton Saga telah disahkan meninggal dunia di lokasi manakala dua lagi mangsa tersepit dalam kenderaan sama dan Perodua Alza.

"Usaha mengeluarkan dua mangsa tersepit segera dilakukan manakala tiga lagi mangsa yang cedera ringan telah dihantar ke hospital oleh orang awam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Mohamad Nor berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan pada jam 9.15 pagi selepas tiada bahaya lain di lokasi kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!