Lebih 3,000 premis gagal pamer papan tanda larangan merokok

Dr Boon Chye (empat, kanan) menunjukkan papan tanda larangan merokok ketika melawat Pasar Siang Malam di Taiping, hari ini.
Dr Boon Chye (empat, kanan) menunjukkan papan tanda larangan merokok ketika melawat Pasar Siang Malam di Taiping, hari ini.
A
A
A

TAIPING - Sejumlah 3,808 premis makanan di Perak dikesan gagal mempamerkan papan tanda larangan merokok selepas penguatkuasaan itu dilaksanakan pada 1 Januari lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, jumlah itu menunjukkan 60.7 peratus daripada 6,265 yang diperiksa gagal berbuat demikian.

“Pengusaha premis terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara enam bulan jika disabit kesalahan.

“Bagaimanapun, kita hanya mengeluarkan notis amaran terhadap mereka untuk memasang papan tanda di premis masing- masing,” katanya dalam sidang media di Pasar Siang Malam di sini, hari ini.

Menurutnya, seramai 340 pegawai kesihatan negeri menjalankan penguatkuasaan pendidikan dengan mengedar lebih 3,809 risalah berkaitan.

“Jabatan Kesihatan Perak mengeluarkan 86 notis amaran kepada perokok yang didapati merokok di tempat makan.

“Pegawai penguat kuasa akan terus melawat premis-premis makanan. Dalam tempoh sehingga Jun ini, kami akan menumpukan program pendidikan supaya rakyat dapat mematuhi larangan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!