Bekas pertahanan Kuala Lumpur meninggal dunia
BEKAS pemain Kuala Lumpur (KL), Noh Haeng-seok dari Korea Selatan meninggal dunia pada usia 36 tahun hari ini.
Perkembangan sedih itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard ketika dihubungi Bernama pada Khamis.
"Beliau merupakan bekas pemain KL yang dipinjamkan pada tahun 2019 ketika di bawah bimbingan Yusri Che Lah.
"Kami di pihak KL City FC merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang," katanya.
Sebagai rekod, Haeng-seok yang beraksi di posisi pertahanan tampil dalam tujuh perlawanan bersama skuad warga kota pada tahun 2019 dan berjaya menjaringkan satu gol.
Selain KL City FC, pemain itu juga pernah beraksi bersama beberapa kelab di Korea Selatan, antaranya Gwangju FC dan Daegu FC. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!