Geng Atan aktif pecah rumah, curi kereta tumpas

Geng Atan yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan curi kereta di negeri ini tumpas apabila empat lelaki warga tempatan ditahan pada 11 Disember lalu. Gambar hiasan (Gambar kecil: M Kumar)
Geng Atan yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan curi kereta di negeri ini tumpas apabila empat lelaki warga tempatan ditahan pada 11 Disember lalu. Gambar hiasan (Gambar kecil: M Kumar)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Geng Atan yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan curi kereta di negeri ini tumpas apabila empat lelaki warga tempatan ditahan pada 11 Disember lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, suspek berusia 41 hingga 52 tahun ditahan dalam tiga serbuan di lokasi berasingan di daerah ini oleh Bahagian D4 Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor.

Menurutnya, kumpulan terbabit dipercayai telah aktif sejak 2011 dengan melakukan kes pecah rumah serta curi kenderaan.

"Modus operandi kumpulan ini adalah memecah masuk rumah yang tidak berpenghuni dengan mengumpil pintu sebelum melarikan barangan berharga termasuk kenderaan milik mangsa.

"Dengan penahanan empat suspek ini, polis percaya dapat menyelesaikan 19 kes pecah rumah dan curi kenderaan yang berlaku di Johor Bahru Selatan, Johor Bahru Utara, Seri Alam, Iskandar Puteri, Pontian, Muar, Tangkak dan Kota Tinggi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Kumar, polis merampas telefon bimbit, jam tangan dan barangan elektrik dipercayai milik mangsa serta pelbagai peralatan pecah rumah seperti allen key, sarung tangan, topeng muka dan tiga kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kes tersebut.

"Semakan rekod jenayah lampau mendapati tangkapan pertama mempunyai 15 rekod jenayah dan dadah manakala tangkapan kedua 64 rekod jenayah dan dadah.

"Tangkapan ketiga pula mempunyai 25 rekod jenayah dan dadah dan tangkapan keempat mempunyai 29 rekod jenayah dan dadah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas keempat-empat tangkapan didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457, Seksyen 414 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 39c dan Seksyen 15(1)(c)Akta Dadah Berbahaya 1957.

Beliau menambah, semua suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat dan seterusnya didakwa di mahkamah Pontian dan Muar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!