‘Sekolah 'didik' cara buli, masuk universiti 'didik' cara bunuh’ - Syed Saddiq

Syed Saddiq.
Syed Saddiq.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) didesak melakukan serbuan dan menyiasat semua pihak yang terlibat susulan kes buli serta penderaan yang didakwa berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, cara ‘didikan’ bermula peringkat sekolah ala tentera itu dibimbangi akan bertambah teruk apabila pelajar memasuki universiti.

“Di sekolah tentera, 'dididik' cara nak dera dan buli...masuk universiti tentera, naik pangkat terus nak dididik cara nak ‘bunuh’.

“Di sekolah diajar buli rendam kaki dalam air mendidih...di universiti naik pangkat terus nak seterika badan anak orang.

“Ini Maktab Dera Diraja, bukan Maktab Tentera Diraja. Saya desak PDRM buat serbuan dan siasat semua yang terlibat," katanya menerusi hantaran di X pada Khamis.

Tangkap layar hantaran Syed Saddiq menerusi X pada Khamis.
Tangkap layar hantaran Syed Saddiq menerusi X pada Khamis.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan mengenai perbuatan pelajar senior membuli junior dengan mengenakan denda keterlaluan seperti diarah melakukan aksi commando rest selama dua jam dan dipaksa bogel beramai-ramai.

Artikel Berkaitan:

Bukan itu sahaja, salah seorang jurulatih sekolah ala tentera itu juga didakwa pernah ‘memaksa’ pelajar merendam kaki ke dalam baldi berisi air panas menggelegak sejurus habis latihan sehingga meninggalkan luka lecur tahap dua, kononnya untuk bergurau selain menguji ketahanan fizikal pelajar.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq turut mempersoalkan kepada pihak berwajib sekiranya mahu menunggu sehingga terdapat kes meninggal dunia yang dilaporkan akibat perbuatan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Diliwat, dipukul separuh mati, kaki paksa direndam dalam air mendidih...ini memalukan dan menjengkelkan.

“Bila ibu bapa tulis surat mohon penjelasan...kesan dia apa? Kes didiamkan, pengetua sekolah melenting dan marah. Nak tunggu ada yang mati lagi ke sebelum nak bertindak?” soalnya.

Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis mengenai Geng Gelap buli pelajar sekolah asrama.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis mengenai Geng Gelap buli pelajar sekolah asrama.

Tambah Syed Saddiq, lebih menyedihkan apabila pelajar terbabit perlu menyertai kumpulan kaki pukul untuk membolehkan mereka dinaikkan pangkat.

“Bila mangsa buat laporan, kena pukul ramai-ramai, kena pulau atau dilabel ‘kaki report’. Lagi menjijik, nak naik pangkat kena sertai kumpulan kaki pukul...dididik macam mana nak pukul,” ulasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!