Pesawat Siberian Airlines terbabas dari landasan di Norilsk
ISTANBUL - Sebuah pesawat Siberian Airlines yang tiba dari Moscow terbabas dari landasan selepas mendarat di bandar Norilsk, Rusia, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pihak berkuasa tempatan pada Khamis.
Menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Raya Pengangkutan Siberia Barat yang dikongsi di Telegram, pesawat Airbus A321 itu terkeluar dari landasan ketika membelok ke jalan rayap di Lapangan Terbang Antarabangsa Alykel.
Norilsk, yang terletak di wilayah Krasnoyarsk, Siberia, berada lebih 2,800 kilometer di timur Moscow.
Menurut pejabat pendakwa raya, terdapat 79 penumpang di dalam pesawat itu yang kini digantung sementara operasinya sementara siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
"Sebuah pesawat gantian telah disediakan untuk menjalankan penerbangan pulang ke Moscow,” menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa penerbangan itu dijadualkan berlepas pada 3.30 petang waktu tempatan.
Tiada butiran lanjut mengenai kemalangan jiwa atau tahap kerosakan pesawat dilaporkan.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!