PKR Perak lapor polis terhadap dua individu fitnah PM

Abdul Razak (kanan) membuat laporan polis terhadap dua individu yang membuat hantaran berunsur fitnah terhadap PM di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada Khamis. Foto: ihsan pembaca
Abdul Razak (kanan) membuat laporan polis terhadap dua individu yang membuat hantaran berunsur fitnah terhadap PM di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada Khamis. Foto: ihsan pembaca
A
A
A

LUMUT - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak membuat laporan polis terhadap dua individu yang didapati memuat naik hantaran berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook.

Ketua PKR Cabang Lumut, Abdul Razak Nazri berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap akaun milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin dan individu dikenali sebagai Aiman Zaki.

Tangkap layar berkaitan Anwar yang dimuat naik di akaun Facebook. Foto: Ihsan pembaca
Tangkap layar berkaitan Anwar yang dimuat naik di akaun Facebook. Foto: Ihsan pembaca

Menurutnya, hantaran yang mendakwa Anwar memberi sokongan terhadap aktivis, Iswardy Morni yang didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Isnin lalu boleh menjejaskan reputasi dan nama baik pemimpin negara itu.

"Kedua-dua hantaran tersebut dikesan pada Rabu didapati mengandungi dakwaan tidak berasas serta fitnah yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti solidariti bersama Iswardy Morni.

"Hantaran tersebut dipercayai telah melanggar beberapa peruntukan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan," katanya di sini pada Khamis.

Tambah Abdul Razak, selain menjalankan siasatan menyeluruh, pihak polis diminta mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sekiranya didapati bersalah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes terbabit akan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur untuk siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!