Bila Liverpool hilang mata, Arsenal mula berdesup
PENDAHULU Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool bimbingan Arne Slot akan mula goyah apabila tiba pada satu peringkat baki saingan musim ini.
Dan Thomas Frank menegaskan bahawa peluang itu akan dimanfaatkan Arsenal untuk kelab London Utara kendalian Mikel Arteta itu merampas status kejuaraan liga.
Malah, pengendali Brentford itu menyifatkan keupayaan Arsenal mengutip mata walaupun tidak sepenuhnya berada pada tahap terbaik sebagai sesuatu menakjubkan musim ini.
“Saingan kali ini adalah musim yang panjang. Saya faham mengapa Arne Slot berkata, 'Kami belum memenangi apa-apa lagi'.
"Liverpool belum mengalami penurunan prestasi lagi dan kemungkinan besar masa itu akan tiba, dan Arsenal sedang mengutip mata tidak melakukan rembatan sehabisnya lagi.
"Sebaliknya momentum itu akan berterusan hingga ke penghujung musim," ujar pengendali The Bees berkenaan.
The Gunners berada enam mata di belakang The Reds yang sempurna dan bermain satu perlawanan lebih banyak ketika ini.
Angkatan Arteta tenang mempamerkan prestasi terbaik dalam liga tidak tewas dalam sembilan perlawanan terakhir.
Arsenal akan bertandang ke Anfield pada 10 Mei dalam perlawanan yang pastinya memberi implikasi besar kepada perebutan kejuaraan EPL.
LIGA PERDANA INGGERIS
4 JANUARI (SABTU)
Tottenham lwn Newcastle United, 8.30 malam
Bournemouth lwn Everton, 11 malam
Aston Villa lwn Leicester City, 11 malam
Crystal Palace lwn Chelsea, 11 malam
Southampton lwn Brentford, 11 malam
Manchester City lwn West Ham United, 11 malam
5 JANUARI (AHAD)
Brighton lwn Arsenal, 1.30 pagi
Fulham lwn Ipswich Town, 10.30 malam
6 JANUARI (ISNIN)
Liverpool lwn Manchester United, 12.30 tengah malam
7 JANUARI (SELASA)
Wolves lwn Nottingham Forest, 4 pagi
.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!