Ibu bonceng anak maut motosikal dilanggar
JEMPOL- Ibu maut manakala anak lelakinya berusia empat tahun cedera selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan di persimpangan blok 20, Felda Palong 5 di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian jam 6.40 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa berusia 43 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo dalam perjalanan dari Jalan Besar Felda Palong 5 menghala ke rumahnya.
Katanya, sebaik tiba di lokasi dan ketika ingin membelok ke simpang kanan datang sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC ditunggang remaja lelaki berusia 13 tahun dari arah belakang telah memotong motosikal di tunggang mangsa sebelum berlaku perlanggaran.
"Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah dihantar dihantar ke Klinik Kesihatan Felda Palong 4,5 & 6 namun disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 malam.
"Anak mangsa pula mengalami kecederaan di bahagian bahu manakala remaja berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala serta muka di hantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah," katanya.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Polis meminta saksi kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Yasmin Beevee Mohamed Ali di talian 012-9434222 bagi membantu siasatan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!