Neville risau Manchester United akan diaibkan di Anfield

United berdepan perlawanan sukar menentang Liverpool.
United berdepan perlawanan sukar menentang Liverpool.
A
A
A

GARY Neville tidak dapat menyembunyikan kerisauannya terhadap apa yang mungkin menanti Manchester United apabila mereka berdepan Liverpool di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Liverpool ketika ini menampilkan aksi dominan dan menguasai kedudukan teratas EPL manakala United pula tergelincir jauh ke kedudukan ke-14 liga selepas 19 perlawanan.

Neville yang juga bekas pertahanan United mengakui Liverpool mempunyai kelebihan ke atas United dan turut bergurau sama ada United seharusnya menarik diri daripada perlawanan itu.

“Adakah kita (United) perlu pergi ke Anfield pada hari Ahad? Adakah anda masih ingat pada zaman dahulu apabila pasukan Liga Ahad tidak hadir kerana mereka memberikan alasan mengatakan trafik teruk atau beberapa pemain tidak sihat?

“Sudah tentu saya hanya bergurau, saya tidak tahu bagaimana mereka akan mengharungi perlawanan ini pada Ahad. Manchester United berdepan kesukaran ketika menentang Liverpool dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

"Terutama ketika tewas 7-0 (pada Mac 2023), saya berada di sana menontonnya hingga ke penghujung perlawanan sama seperti ramai peminat Manchester United," katanya.

Dia juga percaya tekanan tinggi bakal dihadapi Ruben Amorim menjelang perlawanan tersebut.

“United hanya tujuh mata dari zon penyingkiran. Mereka menentang Liverpool dan kemudian Arsenal di tempat lawan jadi ia adalah detik yang sukar.

Artikel Berkaitan:

“Amorim seorang pengurus muda dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di United, tetapi apabila keputusan sebegini teruk ia menimbulkan tekanan.

"Anfield pula akan menjadi tempat yang sukar buat United ditambah dengan prestasi semasa Liverpool," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!