Lelaki Bangladesh cuba sogok polis direman

Seorang warga Bangladesh direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Kuala Selangor bagi membantu siasatan rasuah sebanyak RM3,900 kepada anggota polis.
Seorang warga Bangladesh direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Kuala Selangor bagi membantu siasatan rasuah sebanyak RM3,900 kepada anggota polis.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki warga Bangladesh direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Kuala Selangor bagi membantu siasatan rasuah sebanyak RM3,900 kepada anggota polis.

Perintah reman bermula pada Jumaat itu dikeluarkan Majistret Siti Hajar Ali selepas meneliti permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber SPRM, suspek berusia 35 tahun itu ditahan jam 1.10 tengah hari semasa hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Cawangan Kuala Selangor pada Khamis.

Sumber itu memberitahu, siasatan dijalankan berikutan pekerja kilang itu disyaki cuba memberikan rasuah kepada anggota polis di Balai Polis Kuala Selangor pada Rabu.

"Perbuatan itu dilakukan sebagai dorongan untuk melepaskan seorang rakannya yang ditahan atas kesalahan curi di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!