Tiada pembayaran IPG bagi Disember 2024 - LGM
LEMBAGA Getah Malaysia (LGM) memaklumkan bahawa Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah cuplump dan lateks tidak teraktif bagi Disember 2024 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Dalam satu kenyataan, LGM berkata mulai Januari 2024, IPG akan diaktifkan jika harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM3 sekilogram ke bawah.
Ia berkata, IPG lateks juga akan teraktif apabila IPG getah cuplump teraktif. Kadar IPG lateks ditetapkan pada RM0.90 sekilogram bagi 100 peratus kandungan getah kering (KGK).
Bagi Disember 2024, harga purata peringkat ladang bagi getah cuplump di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sabah masing-masing pada RM3.80, RM3.50 dan RM3.25 sekilogram.
Oleh yang demikian, tiada pembayaran IPG dilakukan bagi bulan tersebut. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!