Pekerja kilang maut nahas dua motosikal

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat selepas motosikal Honda ADV ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di Kilometer 18, Jalan Pintasan Kuantan berhampiran susur tapak pelupusan sampah di Gebeng di sini pada Jumaat.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat selepas motosikal Honda ADV ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di Kilometer 18, Jalan Pintasan Kuantan berhampiran susur tapak pelupusan sampah di Gebeng di sini pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Pekerja kilang maut dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di Kilometer 18, Jalan Pintasan Kuantan berhampiran susur tapak pelupusan sampah di Gebeng di sini pada Jumaat.

Dalam kemalangan kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Mirza Mahdi, 26, dari Taman Kempadang Makmur di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, seorang lagi penunggang, Mohd Mazlin Awang Nik,46 yang bekerja sebagai juru kimpal dilaporkan cedera tangan dan pinggang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda ADV dipercayai dalam perjalanan menghala ke Gebeng.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbabit kemalangan dengan motosikal jenis Honda Wave ditunggang juru kimpal

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.

"Pihak polis sedang mengesan saksi yang melihat kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!