'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar

Anwar beramah mesra bersama pengunjung ketika meluangkan masa melawat lokasi Lestari Niaga Madani@KL 2 dan menikmati makan tengah hari di Pusat Penjaja Seksyen 10 Wangsa Maju pada Jumaat. Foto Bernama
Anwar beramah mesra bersama pengunjung ketika meluangkan masa melawat lokasi Lestari Niaga Madani@KL 2 dan menikmati makan tengah hari di Pusat Penjaja Seksyen 10 Wangsa Maju pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng disifatkan sebagai hanya isu kecil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan isu yang timbul itu bukan menjadi satu masalah besar.

“Soal Guan Eng itu tidak ada masalah, (setakat) mahu buat statement, kita redakan, sikit-sikit sahaja,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke Lestari Niaga Madani @ Wirawati pada Jumaat. Presiden UMNO, Ahmad Zahid pada Khamis mengingatkan Guan Eng supaya tidak menyinggung UMNO yang bersama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

Katanya, zaman pemimpin DAP itu sudah berlalu dan seharusnya Ahli Parlimen Bagan terbabit memberi kepercayaan kepada pimpinan baharu parti berkenaan.

Kenyataan Ahmad Zahid itu sebagai reaksi terhadap kenyataan Guan Eng sebelum ini yang mengingatkan UMNO sebarang program bersama parti pembangkang khususnya Pas akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

Guan Eng dilapor berkata, ia termasuk perhimpunan solidariti atau demonstrasi terutama himpunan aman tanda solidariti kepada Datuk Seri Najib Razak pada Isnin ini. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!