Kerajaan digesa tubuh inkues kes kematian banduan di penjara

Kumpulan Sokongan Keluarga Mangsa Penyeksaan dan Kematian Dalam Tahanan menggesa kerajaan agar membuat siasatan secara menyeluruh terhadap kes kematian Mohamad Rahiefi Mohamad Nor, 32 di Penjara Pengkalan Chepa menerusi inkues yang bebas dan adil.
Kumpulan Sokongan Keluarga Mangsa Penyeksaan dan Kematian Dalam Tahanan menggesa kerajaan agar membuat siasatan secara menyeluruh terhadap kes kematian Mohamad Rahiefi Mohamad Nor, 32 di Penjara Pengkalan Chepa menerusi inkues yang bebas dan adil.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Sokongan Keluarga Mangsa Penyeksaan dan Kematian Dalam Tahanan menggesa kerajaan agar membuat siasatan secara menyeluruh terhadap kes kematian Mohamad Rahiefi Mohamad Nor, 32 di Penjara Pengkalan Chepa menerusi inkues yang bebas dan adil.

Penyelaras kumpulan itu, Syed Mohamad Shariff Syed Mohamed Nur berkata, oleh sebab pegawai polis mungkin terlibat dalam kes ini pihaknya mencadangkan badan-badan bebas seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) atau Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) harus melibatkan diri dalam siasatan kes itu.

Menurutnya, keluarga arwah membuat satu laporan polis pada 16 Disember kerana mengesyaki ada unsur jenayah dalam kes kematian dalam tahanan ini.

"Menurut kakak mangsa badan arwah mempunyai kecederaan di bahagian kepala, kedua-dua lengan dan ada kesan lebam mata, patah gigi, dicucuh rokok dan dirotan.

'Doktor mengesahkan punca kematiannya ialah pendarahan dalam otak.

"Kakaknya mengatakan ketika mengunjung Mohamad Rahiefi di penjara tersebut, keadaan kesihatan sudah sangat lemah sampai tidak dapat menjawab soalan," ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, seorang banduan di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan, meninggal dunia di hospital, didakwa dalam keadaan mencurigakan sebelum tarikh perbicaraan mahkamahnya.

Keluarganya kini dalam usaha untuk menuntut keadilan atas apa yang berlaku.

Artikel Berkaitan:

Tambah Syed Mohamad Shariff, pihaknya amat kecewa tentang kes kematian dalam tahanan di bawah jagaan Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan.

"Arwah ditangkap oleh pihak polis pada 15 November 2024 dan dihantarkan ke Penjara Pengkalan Chepa pada 18 November 2024.

"Arwah tidak sedar diri dan dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 11 Disember, beliau meninggal dunia hari keesokan," ulasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!