Lagi laporan polis terhadap Hannah Yeoh

Mohd Hafez (lima dari kiri) bersama laporan polis yang dibuat terhadap Hannah di IPD Dang Wangi pada Jumaat.
Mohd Hafez (lima dari kiri) bersama laporan polis yang dibuat terhadap Hannah di IPD Dang Wangi pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis dibuat terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada Jumaat.

Laporan polis berkenaan dibuat rentetan demonstrasi aman ‘Himpunan Bangkit Ummah’ yang diadakan di Masjid Jamek Kampung Bharu.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Mohd Hafez Sabri berkata, dalam laporan polis terbaharu itu, pihaknya sekali lagi mendesak supaya Menteri Belia dan Sukan itu segera dipanggil dan disiasat polis berhubung dakwaan terhadapnya berikutan penerbitan buku ‘Becoming Hannah’.

“Penolakan saman beliau oleh mahkamah dan pengakuan beliau dalam buku tulisan Ahli Parlimen Segambut dari DAP itu di muka surat 7,23,89,108 dan 110 didakwa merbahaya dan mengancam keselamatan negara,” katanya pada sidang akhbar pada Jumaat.

Antara pimpinan politik yang hadir Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz; Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali; Ketua Penerangan Armada Bersatu, Harris Idaham Rashid; Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar dan Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard)

Chegu Bard berucap pada himpunan berkenaan yang diadakan selepas solat Jumaat.
Chegu Bard berucap pada himpunan berkenaan yang diadakan selepas solat Jumaat.

Jelasnya, demi menjaga kesucian Islam, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu tindakan tegas perlu dilaksanakan termasuk mengharamkan penerbitan buku berkenaan yang dijual secara terbuka di pasaran.

Artikel Berkaitan:

Himpunan berkenaan bermula selepas sembahyang Jumaat menyaksikan peserta berarak dari Masjid Jamek Kampung Bharu sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke IPD Dang Wangi.

Pasukan keselamatan termasuk polis trafik membuat kawalan bagi melancarkan perjalanan trafik sehingga himpunan berkenaan tamat jam kira-kira 4.00 petang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!