Jabatan Negara AS lulus jualan peluru berpandu AS$3.64 bilion kepada Jepun
MOSCOW - Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) meluluskan kemungkinan penjualan peluru berpandu udara ke udara canggih AIM-120D-3 dan AIM-120C-8 serta peralatan berkaitan kepada Jepun bernilai AS$3.64 bilion, menurut Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan AS seperti dilaporkan oleh RIA Novosti.
"Jabatan Negara telah membuat keputusan meluluskan kemungkinan Penjualan Ketenteraan Asing kepada kerajaan Jepun bagi peluru berpandu canggih AIM-120D-3 dan AIM-120C-8, peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana (AMRAAM) dan peralatan berkaitan dengan anggaran kos AS$3.64 bilion," menurut kenyataan agensi itu pada Khamis.
Jepun memohon untuk membeli 1,200 peluru berpandu AIM-120, menurut kenyataan itu.
Penjualan itu dijangka meningkatkan keupayaan Jepun untuk menghadapi ancaman semasa dan masa depan, selain menyokong dasar luar serta kepentingan keselamatan AS, tambah kenyataan itu. - Bernama-Sputnik/RIA Novosti
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!