8 maut, bot laju karam di Wilayah Maluku, Indonesia

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JAKARTA - Lapan orang terbunuh selepas bot laju yang membawa 30 penumpang karam di perairan daerah Seram Bagian Barat di Wilayah Maluku timur Indonesia pada Jumaat, menurut ketua pejabat mencari dan menyelamat wilayah, Muhammad Arafah.

Arafah berkata, bot laju Dua Nona itu melanggar sekeping kayu yang terapung di permukaan air kira-kira 10 pagi waktu tempatan, yang menyebabkan kerosakan pada badan bot.

"Lapan orang terbunuh," kata Arafah kepada Xinhua melalui telefon.

Beliau menyatakan bahawa kemalangan itu berlaku sejurus selepas bot itu berlepas dari pelabuhan di daerah itu, dalam perjalanan ke Bandar Ambon, ibu kota wilayah.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, melibatkan kakitangan dari pejabat mencari dan menyelamat tempatan, polis marin, bot dari jabatan kesihatan tempatan dan sukarelawan komuniti.

Arafah menambah bahawa komunikasi yang lemah telah menghalang penyelarasan dalam kalangan penyelamat. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!