Perkahwinan Rizky Febian, Mahalini akhirnya sah

Pasangan sensasi Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini dilaporkan sudah bernikah semula, seperti yang disarankan Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada November lalu.
Pasangan sensasi Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini dilaporkan sudah bernikah semula, seperti yang disarankan Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada November lalu.
A
A
A

PASANGAN sensasi Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini dilaporkan sudah bernikah semula, seperti yang disarankan Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada November lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Pejabat Agama Setia Budi, Jakarta Selatan, Nasrullah seperti dilaporkan Tribunnews.

Menurut Nasrullah, pasangan itu telah bernikah semula pada 27 Disember lalu mengikut rukun nikah yang betul dan telah sah mengikut lunas agama dan negara.

"Perkahwinan mereka telah diadakan, ia sah dari segi negara dan agama.

"Mereka bernikah di Pejabat Agama Setia Budi dan terus didaftarkan di sini," jelas Nasrullah, dipetik daripada YouTube Cumicumi pada Jumaat.

Terdahulu, Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti itu diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.

Menurut jurucakap mahkamah itu, H Suryana, salah satu rukun nikah tidak dipenuhi dan panel hakim mengisytiharkan perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang negara dan agama.

Keputusan itu diketahui selepas pasangan tersebut memohon pengesahan perkahwinan dari mahkamah.

Artikel Berkaitan:

Rizky dan Mahalini ketika majlis perkahwinan mereka tahun lalu
Rizky dan Mahalini ketika majlis perkahwinan mereka tahun lalu

Ketika majlis pernikahan pada 10 Mei lalu, pihak Mahalini telah melantik seorang ustaz sebagai wali hakim, namun majlis hakim mendapati bahawa proses menjadikan individu terbabit sebagai wali hakim tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan undang-undang di Indonesia.

H Suryana menegaskan bahawa keputusan mahkamah adalah mengikut prosedur undang-undang yang berkenaan.

"Semua keputusan adalah berdasarkan fakta perbicaraan dan peraturan undang-undang sedia ada," jelasnya.

Terdahulu, Rizky atau nama penuhnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 26, dan Mahalini Ayu Raharja, 24, bernikah dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta Selatan, Indonesia, pada 10 Mei 2024.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!