PJH bantu atasi penipuan pakej haji, umrah di pasaran

Mohd Na'im melawat reruai pempamer pada KHUP PJH di Movenpick Hotel & Convention Centre pada Jumaat.
Mohd Na'im melawat reruai pempamer pada KHUP PJH di Movenpick Hotel & Convention Centre pada Jumaat.
A
A
A

SEPANG - Syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) memainkan peranan penting mengelak unsur penipuan pakej haji dan umrah dalam negara.

Presiden Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra Malaysia), Dr Wan Muhamad Adam Wan Norudin berkata, PJH dilesenkan Lembaga Tabung Haji (TH) dan terikat dengan akta di bawahnya.

Menurutnya, PJH membawa imej TH dan negara selain dipantau ketat menerusi pembaharuan lesen yang dilakukan setiap tahun.

"PJH terikat dengan akta TH bermakna untuk berlaku penipuan itu adalah kurang berbanding syarikat tidak dilesenkan TH.

"Justeru nasihat menteri meminta pematuhan aspek pakej itu harus diikuti. Mungkin ada kekangan tapi dalam masa sama kita meletakkan PJH satu benda yang utama.

"Disebabkan itu, lesen PJH ini dilesenkan setahun sekali yang dinilai berdasarkan prestasi tahunan," katanya ditemui pada Pelancaran Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan KHUP PJH di Movenpick Hotel & Convention Centre pada Jumaat.

Wan Muhamad Adam
Wan Muhamad Adam

Dalam pada itu, Wan Muhamad Adam berkata, KHUP kali ketiga itu memainkan peranan penting menyebar luaskan perkhidmatan PJH kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, karnival ini membawa kelainan dengan memperluas kumpulan sasar susulan mendapat sambutan memberangsangkan pada penganjuran tahun lalu.

"Pengunjung yang hadir boleh membuat pelbagai pilihan pakej ditawarkan 37 syarikat PJH mengikut penetapan oleh kerajaan dan TH.

"Kita tawarkan pakej Haji Rahmah pada kadar RM55,000. Insya-ALLAH, apabila datang ke sini ada pakej di bawah itu pun ada untuk dibuat pilihan mengikut kemampuan masing-masing," katanya.

Selain itu katanya, kelainan tahun ini turut membawa penyertaan perbankan antaranya RHB Islamic Bank, Maybank serta Bank islam untuk bantu memudahkan jemaah mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan bagi yang menghadapi masalah kewangan.

Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan KHUP PJH di Movenpick Hotel & Convention Centre yang berlangsung pada Jumaat diserbu pengunjung bagi mendapatkan pakej haji dan umrah serta pelancongan ditawarkan PJH.
Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan KHUP PJH di Movenpick Hotel & Convention Centre yang berlangsung pada Jumaat diserbu pengunjung bagi mendapatkan pakej haji dan umrah serta pelancongan ditawarkan PJH.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari itu membuka tirai pada Jumaat membabitkan penyertaan 37 syarikat PJH dan dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Pada ucapan perasmian, Mohd Na'im mengingatkan PJH menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab dan baik serta tidak mencemar nama baik TH.

Mohd Naim berkata, TH menjadi contoh dan rujukan kepada negara lain dalam pengurusan jemaah musim haji selain menerima maklum balas positif di Makkah.

Justeru, PJH yang dilesenkan di bawah TH perlu menjaga imej baik TH dan perlu memastikan perkhidmatan kepada bakal jemaah dilaksanakan mengikut terkandung dalam pakej ditawarkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!