Hindraf mohon persoalan undang-undang dirujuk ke Mahkamah Persekutuan

Hindraf) memohon kepada Mahkamah Persekutuan di sini pada 3 November 2023 untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung pembatalan pendaftaran persatuan itu.
Hindraf) memohon kepada Mahkamah Persekutuan di sini pada 3 November 2023 untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung pembatalan pendaftaran persatuan itu.
A
A
A

PUTRAJAYA – Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) memohon kepada Mahkamah Persekutuan di sini pada 3 November 2023 untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung pembatalan pendaftaran persatuan itu.

Menurut peguam, Karthig Shan yang mewakili Hindraf selaku pemohon berkata, mereka memohon untuk merujuk Sekyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak selaras Perkara 4, 8, 10 Perlembagaan Persekutuan 1957.

Beliau berkata, antara alasan permohonan dibuat ialah, tindakan semua responden dalam membatalkan Hindraf menggunakan seksyen adalah tidak berperlembagaan, batal dan tidak sah.

Mereka ialah Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), Menteri Dalam Negeri, Menteri Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia, selaku responden pertama hingga keempat.

Karthig berkata, ini disebabkan seksyen itu secara sendirinya melanggar Perlembagaan Persekutuan, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 4,8 dan 10 itu.

“Alasan-alasan selanjutnya, terkandung dalam afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy yang difailkan bersama saman pemula 03 November 2023 lalu,” katanya ketika dihubungi.

Ketika pengurusan kes secara dalam talian pada Khamis, pendengaran permohonan itu akan didengar di hadapan hakim lain di Mahkamah Tinggi di sini, pada 14 Mei depan.

Ia susulan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid yang sepatutnya mendengar kes tersebut telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Artikel Berkaitan:

Pada tarikh tersebut, prosiding berkenaan akan dibuat di hadapan Hakim, Hayatul Akmal Abdul Aziz.

Pada 22 Februari 2021, kumpulan itu menerusi pemimpinnya yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy memperoleh kebenaran daripada mahkamah untuk mencabar keabsahan dua keputusan berhubung pembatalan pendaftaran kumpulan itu.

Hindraf yang memfailkan permohonan itu pada 22 Disember 2020 memohon satu perintah mahkamah bagi mengarahkan Ketua Pengarah RoS membatalkan keputusan bertarikh 30 September 2019 dan mengembalikan pendaftaran persatuan itu berkuat kuasa pada tarikh tersebut (30 September 2019).

Persatuan itu juga antara lain menuntut pengisytiharan bahawa kedua-dua keputusan pembatalan pendaftaran itu adalah tidak sah dan terbatal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!