Lima lelaki curi kambing ditahan

Kambing yang ditemui di sebuah ladang di Melaka.
Kambing yang ditemui di sebuah ladang di Melaka.
A
A
A

JEMPOL - Polis menahan lima lelaki di dua lokasi berasingan selepas dipercayai terlibat mencuri 107 ekor kambing di Ladang Palong 21 membabitkan kerugian kira-kira RM85,600.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 26 tahun itu di tahan pada 10 Februari lalu sdi ekitar Johor dan Melaka.

Menurut Mohd Khairiel, kambing tersebut didapati hilang pada 8 Februari selepas pemiliknya menyedari kandang haiwan peliharaannya diceroboh dan baka Damaranya lesap.

"Susulan itu pada 10 Februari polis menahan seorang lelaki di Muar, Johor dan merampas 10 ekor kambing manakala empat lagi lelaki ditahan berdekatan kandang kambing di ladang kelapa sawit di Durian Tunggal, Melaka antara jam 7 pagi hingga 4 petang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis daerah Jempol hari ini.

Mohd Khairiel berkata, polis turut merampas 97 ekor kambing di ladang berkenaan dan kesemua suspek kini ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Polis turut merampas dua buah lori, sebuah pacuan empat roda, sebuah motosikal, tukul besi, pemotong besi dan kuku kambing," katanya.

Katanya, kumpulan penjenayah itu bergerak aktif menggunakan lori untuk melakukan tinjauan sebagai modus operandinya.

Artikel Berkaitan:

"Suspek kemudiannya mengambil masa satu hingga dua jam untuk membawa kambing tersebut sebelum ditempatkan di lokasi terpencil dalam ladang kelapa sawit.

"Mereka akan menghubungi orang tengah dan menjual kambing tersebut secara pukal pada harga murah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!