'Kritikan saya bukan hanya pada parti lawan, tetapi parti kawan' - Dr Akmal

Dr Muhammad Akmal Saleh
Dr Muhammad Akmal Saleh
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh membidas kritikan pihak yang menuduhnya mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menegaskan, beliau akan terus menegur setiap kesalahan sama ada daripada kerajaan mahupun pembangkang.

"Pemimpin kena bawa suara rakyat, bukan suara tauke-tauke besar. Mana yang salah, tetap salah tidak kira dari parti mana kita datang.

"Sebab itu kritikan saya bukan hanya pada parti lawan, tetapi parti kawan jika ia salah. Kalau nak bukti boleh tengok semua kenyataan saya," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat.

Dalam pada itu beliau mengulangi pendiriannya yang akan konsisten membawa suara rakyat tanpa rasa takut kepada mana-mana pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang.

Malah Dr Akmal menjelaskan, rakyat mahu melihat perubahan negara yang bermula daripada pemikiran pemimpin.

"Jika masih lagi dengan pemikiran yang parti aku sahaja betul semua dan parti orang lain salah semuanya, maka tidak perlu jadi pemimpin, boleh jadi lembu atau lobak.

"Sekali lagi saya ulang, saya bukan walaun mahupun walanon, saya pemimpin rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Itu bezanya antara pemimpin dan orang yang cari makan dengan politik," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!